1.
|
Kata
kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
|
2.
|
Perbuatan
dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.
|
3.
|
Kata
kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
|
|
(a)
|
kata
kerja transitif
|
|
(b)
|
kata
kerja tak transitif
|
4.
|
Kata
kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya
untuk membentuk predikat ayat.
|
|
Contoh
: Kakak membasuh baju.
|
|
“Membasuh”
ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata
kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat
tersebut.
|
5.
|
Kata
kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:
|
|
(a)
|
kata
kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.
|
|
(b)
|
kata
kerja transitif dalam ayat pasif.
Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.
|
6.
|
Kata
kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
|
7.
|
Kata
kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas
sebagai predikat ayat.
Contoh: Kumar berenang..
|
|
“Berenang”
ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.
|
8.
|
Kata
kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu
|
|
(a)
|
kata
kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh : Ibu saya masih tidur.
|
|
(b)
|
kata
kerja tak transitif berpelengkap
Contoh : Kami tinggal di Seremban
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan