Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan
digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan
jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan
disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh
bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh
Bilangan
|
penggunaannya
|
Contohnya
|
angkatan
|
untuk sekumpulan manusia atau benda
|
kapal, tentera, pelukis, penulis
|
baris
|
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
|
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
|
batang
|
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
|
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat,
kapur, jambatan, jarum
|
bentuk
|
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
|
mata kail, subang, cincin
|
berkas
|
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
|
kunci, lidi, kayu
|
bidang
|
untuk benda-benda yang terbentang luas
|
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
|
biji
|
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang
kecil
|
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon,
ketupat, batu, telur, gelas
|
Bilah
|
untuk benda-benda yang tajam
|
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
|
buah
|
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai
bentuk yang tertentu
|
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar,
kampung, piano, komputer, kamera
|
buku
|
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
|
sabun, roti, benang
|
butir
|
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
|
telur, batu, manik, beras, peluru
|
carik/cebis
|
untuk benda-benda yang dikoyakkan
|
kertas, kain
|
cubit
|
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
|
garam, gula, kunyit
|
cucuk
|
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
|
sate
|
das
|
untuk bunyi letupan atau tembakan
|
meriam, pistol, senapang
|
deret
|
untuk benda-benda yang tersusun
|
bangunan, rumah, kedai, kereta
|
ekor
|
untuk semua jenis binatang
|
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab,
rama-rama
|
genggam
|
untuk benda-benda yang digenggam
|
pasir, beras, padi
|
gugus
|
untuk buah-buah ataupun benda
|
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
|
gulung
|
untuk benda-benda yang bergulung
|
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
|
helai
|
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
|
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
|
ikat
|
untuk benda-benda yang diikat
|
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
|
iris
|
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
|
bawang, timun, daging, buahbuahan
|
jambak
|
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
|
bunga, kunci
|
kaki
|
untuk benda-benda yang bertangkai
|
payung, cendawan, bungs
|
kawan
|
untuk kumpulan haiwan
|
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
|
kelompok
|
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
|
burung, awan, pulau, bintang
|
kepal
|
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
|
nasi, pulut, tanah
|
keping
|
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
|
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
|
kerat
|
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
|
roti, tiang
|
Ketul
|
untuk benda-benda yang berketul dan padu
|
ais, daging, tulang, sabun, roti
|
Kotak
|
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
|
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
|
kuntum
|
untuk bungs
|
mawar, melati, anggerik
|
Laras
|
untuk senjata api
|
pistol, senapang, meriam
|
lembar
|
benda-benda yang lurus dan panjang
|
kertas, dawai, benang
|
longgok
|
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
|
durian, pakaian, tanah, cili
|
naskhah
|
untuk bahan bacaan yang berjilid
|
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
|
Orang
|
untuk manusia
|
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
|
Papan
|
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
|
coklat, petai, mercun
|
pasang
|
untuk benda dan manusia yang berpasangan
|
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
|
pangsa
|
untuk bahagian dalam buah
|
durian
|
pasukan
|
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
|
pemain kompang, polis, tentera pengakap
|
patah
|
untuk kata
|
perkataan, kata-kata
|
potong
|
untuk benda-benda yang sudah dipotong
|
kuih, daging, roti
|
pucuk
|
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
|
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
|
puntung
|
untuk sebahagian benda yang masih menyala
|
rokok, bara, kayu api
|
rangkap
|
untuk puisi
|
pantun, sajak, syair
|
rawan
|
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
|
jala, jaring, pukat
|
ruas
|
untuk benda yang beruas-ruas
|
tebu, buluh
|
rumpun
|
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
|
buluh, tebu, serai, pandan, padi
|
sikat/sisir
|
untuk buah pisang
|
pisang
|
tandan
|
untuk buah-buahan yang bertandan
|
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
|
tangkai
|
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
|
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
|
titik
|
untuk cecair yang menitis
|
air, darah, dakwat, embun
|
tongkol
|
untuk buah yang bertongkol
|
jagung
|
ulas
|
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
|
durian, limau, nangka, cempedak
|
urat
|
untuk benda-benda yang halus dan panjang
|
rambut, benang, dawai,
|
utas
|
untuk benda-benda yang panjang
|
tali, dawai, rantai
|
SOALAN
1. Pak
Cik Sidek membawa __________ anggur ketika menziarahi anak saudaranya di
hospital.
A setandan C sebakul
B segugus D seikat
2. Kak
Leha memasukkan beberapa __________ bawang putih dan bawang merah ke dalam
masakannya.
A buku C biji
B hiris D butir
Isi tempat
kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah
3. Datuk memberikan sesisir pisang dan tiga
__________ durian kepada Pak Ngah untuk dibawa pulang.
A biji C pangsa
B ulas D buah
4 Di
muzium itu terdapat beberapa __________ meriam lama yang dipamerkan kepada
orang ramai.
A bilah
B laras
C bentuk
D batang
5 Datuk
Malik mempunyai __________ tanah yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba
di Pulau Redang.
A sebuah
B sebidang
C sekeping
D selonggok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan