Selasa, 30 April 2013

SIMPULAN BAHASA


PERIBAHASA : SIMPULAN BAHASA

1.Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya 
   terdiri daripada dua patah perkataan

2.Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan
   yang membentuknya.

3.Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat digalakkan terutamanya dalam
   penulisan. 

4.Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan yang memuatkan simpulan bahasa
   akan menjadi lebih menarik dan indah gaya bahasanya.
 
5.Simpulan bahasa dapat digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat
   seseorang.  

Contoh : 
Simpulan Bahasa                 
Maksud

banyak mulut

suka bercakap

besar kepala

degil

otak cair

cerdik
ringan mulut

peramah

tangkai jering

kedekut


7.Selain simpulan bahasa, murid-murid perlu juga mempelajari bentuk-bentuk  
   peribahasa yang lain seperti: 

perumpamaan
bidalan
pepatah




8. Perhatikan contoh simpulan bahasa, maksudnya, dan penggunaannya dalam ayat  
  yang ditunjukkan dalam jadual berikut.
























SOALAN
1.       Apabila kamu berjumpa dengan Adlin janganlah kamu menunjukkan __________ masam kepadanya.

A        air muka
B        tebal muka
C        bermuka-muka
D        muka pengadilan              

2.       Bidin yang _________ itu dapat menjawab soalan Matematik yang rumit itu dengan betul.
A        putih mata
B        bodoh sepat
C        kepala angin
D        hidung tinggi

3        Ibu menyuruh saya makan dahulu sebelum ke sekolah sebagai __________.
A        alas perut
B        alas cakap
C        makan hati
D        makan suap
         
4.   Anggota-anggota pasukan keselamatan negara kita yang bertugas di sempadan
     dapat memberkas beberapa orang pengganas komunis apabila mereka  
     mengangkat __________.

A        tangan terbuka
B        cangkul angin
C        bahasa dalam
D        bendera putih                   


5.           Pak Abu yang tinggal __________ itu telah ditempatkan di rumah orang-orang    
          tua, Pengkalan Chepa sejak dua tahun yang lalu.

A        atas pagar
B        patah kandar
C        sebatang kara
D        sekangkang kera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan